My Add

Thursday 16 February 2012

Garis panduan perkahwinan di masjid akan dirangka

KOTA BHARU, RABU, 15 Februari, 2012: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk merangka garis panduan membolehkan pasangan Islam melangsungkan majlis perkahwinan di dalam masjid.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, rangka garis panduan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam sebelum ini yang berselisih pendapat daripada segi hukum majlis akad nikah diadakan di dalam masjid.

Ini kerana ia didakwa kononnya mengikut ajaran Kristian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Beliau berkata, garis panduan itu merangkumi syarat supaya penggunaan masjid untuk tujuan itu tidak menjejaskan kedudukan masjid sebagai tempat ibadat sehingga mencemarkan kesuciannya.

"Ini termasuk tidak membenarkan berlaku suasana bising di dalam masjid sehingga menjejaskan institusi masjid itu sendiri sebagai tempat ibadah bagi umat Islam,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment