My Add

Sunday 19 February 2012

Guan Eng sombong, angkuh - Muhyiddin

BALIK PULAU, SABTU, 18 Februari, 2012: Sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering mendabik dada mengatakan Pulau Pinang semakin maju di bawah pentadbirannya lebih tiga tahun lalu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang sombong dan angkuh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Guan Eng seolah-olah enggan mengakui pembangunan pesat di negeri ini sebenarnya adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu.

Menurutnya, beliau menerima maklum balas daripada rakyat Pulau Pinang sendiri bahawa Setiausaha Agung DAP itu mengamalkan pentadbiran autokratik.

"Pembangunan di Pulau Pinang ini macam dia seorang sahaja dalam dunia yang boleh buat.

"Dia menafikan apa yang telah BN buat dulu. (Tan Sri) Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri) dulu pun buat macam-macam," katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpat Empat, di sini hari ini.

Kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kaum hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Selain itu, jelas Muhyiddin, tindakan mengugut dan menyaman pihak-pihak yang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang juga membuktikan Guan Eng sememangnya bersikap sedemikian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment