My Add

Sunday 19 February 2012

Gelombang baru rakyat sokong BN

BALIK PULAU, SABTU, 18 Februari, 2012: Barisan Nasional (BN) yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan wujud gelombang baru di kalangan rakyat yang kembali menyokong gagasan kerajaan BN.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara petanda gelombang baru tersebut adalah rakyat sering bertanyakan bila pilihan raya umum akan diadakan.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas semasa mengadakan program turun padang, rakyat seolah-olah tidak sabar untuk mengundi BN kerana mahukan masa depan yang lebih terjamin.

"Kita dapati sokongan orang Melayu bertambah, masyarakat Cina mulai sedar dan masyarakat India kembali menyokong BN.

"Asas kepada gelombang baru itu kerana rakyat telah mula menyambut baik pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan pembangunan ekonomi demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, rakyat mulai sedar bahawa kerajaan BN bertindak untuk kepentingan rakyat bagi jangka panjang dan sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan rakyat.

"Saya yakin sokongan rakyat itu bukan di negeri ini sahaja tetapi di tempat lain.

"Sudah sampai masanya untuk kita melihat jangka panjang apa yang kita mahu supaya hidup lebih terjamin dan selamat kerana selama 54 tahun kerajaan BN telah membuktikan sebagai kerajaan yang membela nasib rakyat," ujarnya.

Muhyiddin memberitahu, BN sentiasa turun padang untuk mendengar masalah dan rintihan rakyat.

Jelasnya, melalui usaha itu, BN dapat menentukan bebanan hidup yang dihadapi rakyat walaupun parti pembangkang sering mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak mampu membantu rakyat. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment