My Add

Thursday 16 February 2012

Israel sasaran serangan bom Bangkok

BANGKOK, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Polis Thailand berkata warga Iran yang ditahan selepas secara tidak sengaja meletupkan rumah sewa mereka di Bangkok merancang menyerang diplomat Israel. 

Ketua Polis Thailand, Prewpan Dhamapong menerusi stesen televisyen negara itu berkata, sasaran operasi khusus di mana ia ditujukan kepada kakitangan diplomatik Israel.

Kenyataan itu dibuat selepas Duta Israel ke Thailand, Itzhak Shoham, berkata bom buatan sendiri yang ditemui di lokasi letupan sama dengan peranti yang digunakan dalam serang ke atas Kedutaan Israel di India dan Georgia awal minggu ini.
Malah, Shoham mendakwa ia adalah “rangkaian pengganas”. 

Dua lelaki warga Iran ditahan di Bangkok Selasa lalu selepas insiden berkenaan, manakala suspek ketiga ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, petang semalam. - AP 

No comments:

Post a Comment