My Add

Thursday 16 February 2012

Rang pindaan AUKU 1974 dibentangkan di Parlimen Mac ini

PULAU PINANG, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Proses pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung perkara itu akan diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Pindaan Seksyen 15 AUKU akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac. Pada dasarnya ia memenuhi permintaan majoriti pihak berkepentingan yang inginkan supaya pindaan ini dibuat.

"Sekarang kita harus memikirkan apakah yang akan berlaku selepas pindaan dilaksanakan," katanya kepada pemberita pada kemuncak pertandingan Debat Diraja 2012 kategori Bahasa Melayu (Utama) di sini, malam tadi. 

Saifuddin berkata, pindaan yang dibuat diharap dapat mengembalikan zaman kegemilangan gerakan mahasiswa di tahun 60-an dan 70-an yang mana mahasiswa dilihat sebagai pencetus idea untuk pembangunan negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment