My Add

Friday 24 February 2012

James Foong bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Tan Sri James Foong Cheng Yuen mengakhiri perkhidmatan beliau sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Foong, 66, akan bersara wajib mulai esok.

Para pegawai kanan badan kehakiman, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin serta warga Jabatan Kehakiman mengucapkan selamat bersara kepada Foong ketika beliau mengetip kad perakam waktunya pada pukul 5 petang.

Turut hadir Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Ma’arop.

Kata-kata terakhir Fong sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan ialah: “Badan kehakiman kini berada dalam keadaan selamat, baik dan di tangan mereka yang berkemampuan.”

"Ia (badan kehakiman) telah dipermodenkan, disusun semula dan saya berpendapat kita boleh mencapai tahap lebih tinggi,” kata Foong kepada pemberita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment