My Add

Friday 24 February 2012

Bukan Melayu juga dapat manfaat DEB - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk orang Melayu atau Bumiputera sahaja.

Beliau berkata, semasa pentadbirannya, DEB juga memberi manfaat kepada orang bukan Melayu yang menjadi jutawan dan bilionair.

"Kawan baik saya (pengerusi Berjaya yang bersara baru-baru ini) Tan Sri Vincent Tan, beliau menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, malah (yang berpangkalan di Hong Kong) Robert Kuok menjadi multi-bilionair semasa pentadbiran saya, apabila kami melaksanakan DEB.

"Saya boleh namakan sejumlah besar orang yang menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, ia kerana DEB. Jika DEB ini sesuatu yang tidak baik bagi mereka, mereka tidak akan menjadi jutawan dan mereka tidak akan diberikan sebarang peluang langsung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020” di Pusat dagangan Dunia Putra di sini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah hari ini bahawa DEB tidak pernah bertujuan melahirkan satu kumpulan kapitalis Melayu tetapi bagi menangani masalah kemiskinan dan meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment