My Add

Sunday 26 February 2012

Jangan politikkan isu air – Perkasa

KOTA BHARU, SABTU, 25 Februari, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap Kerajaan Pas Kelantan cuba mempolitikkan isu air di negeri ini apabila enggan menyerahkan pengurusan air daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Naib Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Datuk Musthapa Yaakub berkata, penyerahan itu adalah langkah terbaik kerana AKSB gagal menguruskan air dan keengganan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat melakukannya hanya disebabkan SPAN agensi Kerajaan Pusat.

Justeru, katanya, sampai bila pun masalah air tidak diselesaikan kerana pemimpin kerajaan negeri lebih mengutamakan agenda politik mereka berbanding keperluan rakyat.

“Sebenarnya kerajaan negeri tahu masalah ini, malah mereka cukup arif. Cuma apa yang berlaku adalah mereka terlalu berpolitik kerana menganggap jika SPAN yang menguruskannya, maka itu bermaksud Kerajaan Pusat ambil-alih.

“Jadi, bila sebut Kerajaan Pusat, semuanya buruk. Pemimpin di Kelantan ini apa sahaja perkara berkaitan dengan Kerajaan Pusat walaupun baik tetap dianggap buruk,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya melupakan sentimen politik kerana rakyat menderita disebabkan bekalan air sering terputus, jika ada sekalipun kualitinya sangat teruk. UTUSAN

No comments:

Post a Comment