My Add

Saturday 25 February 2012

J/kuasa siasat keberkesanan perbelanjaan negara ditubuh

IPOH, SABTU, 25 Februari, 2012: Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Belanjawan 2011 Putrajaya (JPB) bagi menyemak keberkesanan perbelanjaan peruntukan yang diberikan kepada setiap kementerian, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Di bawah jawatankuasa ini diwujudkan pula sebuah lagi jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Penyelesai Masalah Belanjawan 2012 (JPMB) yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

"Jawatankuasa ini berperanan menyiasat perbelanjaan kerajaan bagi memastikan ia dibelanjakan dengan efektif,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah, Kampung Tengku Hussin hari ini.

Beliau berkata, JPMB akan menemui tiga kementerian secara serentak bagi membincangkan setiap masalah yang menyebabkan peruntukan tidak dapat dibelanjakan oleh kementerian terlibat. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment