My Add

Sunday 19 February 2012

Jentera semakin bersemangat

MUHYIDDIN Yassin melambai tangan kepada orang ramai semasa hadir Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN

Oleh ZABRY MOHAMAD dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL

BALIK PULAU, SABTU, 18 Feb.ruari, 2012: Jentera Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang semakin bersemangat untuk bekerja lebih keras bagi memenangi seberapa banyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tumpuan kini diberikan terhadap kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengatur strategi berkesan.

"Saya dimaklumkan oleh barisan pemimpin BN negeri bahawa situasi penerimaan rakyat di peringkat bawah bertambah baik berbanding setahun, dua lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpat Empat, di sini hari ini.

Muhyiddin hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman sebelum bertemu Badan Perhubungan UMNO negeri dan pemimpin-pemimpin BN negeri selama kira-kira tiga jam di Bangunan UMNO Negeri, Jalan Macalister.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan.

Perjumpaan tersebut bertujuan meninjau gerak kerja parti untuk menghadapi PRU-13 - UTUSAN

No comments:

Post a Comment