My Add

Monday 6 February 2012

Jumlah peruntukan disalur berasas keperluan rakya: Shafie

SEMPORNA, AHAD, 05 Februari, 2012: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan jumlah peruntukan yang disalurkan kementeriannya di sesuatu kawasan di Sabah tertakluk kepada keperluan rakyat di kawasan berkenaan.

Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau mengutamakan daerah tempat beliau berasal iaitu Semporna, katanya kawasan seperti Kinabatangan dan Pensiangan di pedalaman Sabah menerima peruntukan jauh lebih besar daripada Semporna berdasarkan keperluan rakyat di kedua-dua kawasan.

"Kalau ada cerita-cerita yang mengatakan (Semporna) sahaja menerima peruntukan, itu tidak betul," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Siringgit di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment