My Add

Monday 6 February 2012

Teg satelit diguna tangani konflik buaya-manusia

KINABATANGAN, AHAD, 03 Februari, 2012: Jabatan Hidupan Liar Sabah merancang untuk memasang teg yang dijejaki menerusi satelit pada buaya jantan terpilih di 10 sungai utama di Sabah, dalam usaha berterusan menangani konflik buaya-manusia.

Sehingga kini, jabatan itu menerusi Unit Menyelamat Hidupan Liar dan Danau Girang Field Centre (GDFC) mengenakan teg terbabit pada dua ekor buaya di Sungai Kinabatangan, dengan yang terbaharu pada buaya air masin sepanjang 3.6 meter bernama Lais pada 7 Januari lalu.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata memandangkan konflik lazimnya membabitkan buaya jantan yang besar, kaedah itu membolehkan pergerakan buaya dikesan bagi tempoh jangka panjang mengikut musim. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment