My Add

Wednesday 8 February 2012

Kad MyRapid diberi percuma untuk pengunjung bertuah

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) akan memberikan kad MyRapid secara percuma kepada pengunjung bertuah pada hari terbuka Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) di Sunway Pyramid dari 10-12 Februari ini. 

Pengarah Urusan Kumpulan PRASARANA, Datuk Shahril Mokhtar, berkata 100 kad akan diagih setiap hari bertempat di gerai LEP dengan 10 kad akan berikan setiap jam oleh promoter PRASARANA.

"Ia adalah pemberian kecil dari PRASARANA sebagai tanda penghargaan untuk sokongan yang kami terima daripada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dengan pelaksanaan sistem kutipan tiket automatik bersepadu sejak November lalu, PRASARANA menjenamakan semula simpanan nilai tiket kepada Kad MyRapid yang membolehkan pengguna menaiki komuter di laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment