My Add

Tuesday 21 February 2012

KDN diminta pantau buku import

MUHD. Khairun Aseh menunjuk kandungan buku Where Did I Come From? berunsur lucah di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN 20 Februari, 2012: Kementerian Dalam Negeri diminta memantau buku import agar tidak mengandungi unsur lucah melampau dan ilustrasi yang keterlaluan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, perkara ini ekoran hasil aduan dan penemuan buku kanak-kanak yang mengandungi unsur lucah, ilustrasi dan intipati keterlaluan.

"Biro aduan akan menghantar notis bantahan kepada Ketua Setiausaha kementerian mengenai perkara ini kerana mereka yang mengendalikan dasar pengimportan buku.

"Kami sedia bekerjasama dengan kementerian supaya isu buku yang mempunyai kelucahan melampau ini dapat dibendung demi kepentingan awam," katanya pada sidang akhbar berhubung penjualan buku kanak-kanak yang mengandungi unsur kelucahan di sini, hari ini.

Buku bertajuk Where did I come from? itu telah dijual lebih dua juta naskhah di seluruh dunia dengan harga RM39.80 dan ditemui di sebuah kedai buku di Lembah Klang.

Antara intipati yang melampau seperti menceritakan mengenai bahagian sulit lelaki dan wanita serta proses hubungan seks termasuk ilustrasi bogel lelaki dan wanita.

Sementara itu Khairun menggesa agar kerajaan mengemas kini Dasar Buku Negara 1988 bagi melibatkan lagi penulis tempatan yang karya mereka sesuai dengan adat resam dan budaya ilmu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment