My Add

Tuesday 21 February 2012

Gerbang Cinta bantu pengantin baru

SHAHRIZAT Abdul Jalil (tengah), Aminah Abdul Rahman (lima dari kanan), Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (enam dari kanan), Aziz Ishak (tiga dari kiri) dan Ahmad Abdul Hamid (kiri) bersama penaja pada majlis pelancaran Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh MARZITA ABDULLAH dan SITI HAJJAR ABDULLAH

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Peraduan Gerbang Cinta (PGC) berjaya membantu pasangan baru berkahwin memperoleh ilmu menangani tekanan dan konflik rumahtangga.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, peraduan yang dianjurkan Utusan Malaysiaitu relevan dengan program praperkahwinan SmartStart yang diperkenalkan kementeriannya sejak 2006.

''Program SmartStart memberi tumpuan dalam aspek keibubapaan dan menangani konflik rumahtangga. Justeru input yang kita ada amat sesuai untuk disalurkan kepada para peserta Peraduan Gerbang Cinta ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Aziz Ishak; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan II, Ahmad Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Aminah Abdul Rahman.

Menurut Sharizat, kementeriannya yang menjadi rakan pintar dalam peraduan itu akan memastikan input program SmartStart disalurkan sepenuhnya bagi menjayakan peraduan tersebut.

''Saya juga mengucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia kerana mengambil berat mengenai pengisian dalam sebuah institusi perkahwinan melalui penganjuran peraduan ini.

''Terima kasih juga kepada Utusan Malaysia kerana telah menjadi rakan setia kementerian terutama dalam melaksanakan program kepada kumpulan sasar di bawah kementerian,'' katanya.

Dalam pada itu Sharizat berkata, program SmartStart dibangunkan oleh LPPKN untuk pasangan yang akan berkahwin dan sudah berkahwin dalam tempoh lima tahun.

Katanya, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 415 program telah dilaksanakan membabitkan penyertaan lebih 13,385 pasangan.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, pertubuhan bukan kerajaan dan badan agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment