My Add

Saturday 11 February 2012

KDN sahkan penangkapan warga Arab, Mohammad Najeeb

PUTRAJAYA, SABTU, 11 Februari, 2012:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan penangkapan warga Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.40 pagi, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap pemuda berusia 23 tahun itu di atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Pihak polis telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kelmarin akhbar melaporkan PDRM menahan seorang kolumnis akhbar Arab Saudi yang memakai nama Hamza Kashgari sejurus tiba di KLIA. Dia dikehendaki oleh kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam melalui twitternya menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.

Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment