My Add

Monday 13 February 2012

Keluarga terpaksa berteduh di bawah rumah

SUNGAI PETANI, ISNIN, 13 Februari, 2012: Akibat kesempitan hidup, satu keluarga di Kampung Jilid 2, Sungai Deraka di Tanjung Dawai dekat sini, terpaksa berteduh di bawah sebuah rumah papan dengan hanya beralaskan tikar getah dan berdindingkan guni baja.

Ahmad Azuan Abu Yazid, 26, dan isterinya, Che Tom Ahmad, 31, serta empat anak mereka berumur lima bulan hingga tujuh tahun terpaksa tinggal di tempat yang hanya mempunyai keluasan 8x6 meter persegi serta ketinggian kurang dari satu meter di bawah rumah saudara mereka sejak empat bulan lalu setelah dihalau keluar dari rumah sewa di Sungai Pial di Tanjung Dawai.

"Sebelum ini saya tinggal di rumah sewa selama tujuh bulan dan tuan rumah suruh kami keluar sebab saya tidak mampu nak bayar sewa rumah selama tiga bulan,” kata Ahmad Azuan kepada pemberita semasa sesi lawatan Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain bersama media ke tempat tinggalnya hari ini.

Bantuan kepada keluarga itu boleh dibuat dengan menghubungi Ahmad Azuan di talian 012-5365616 atau terus ke akaun No:0219129-0000-70196, Bank Simpanan Nasional (BSN) Azhar Ahmad. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment