My Add

Monday 13 February 2012

Kerajaan Kelantan perlu jelaskan segera isu Lembah Sireh

KOTA BHARU, ISNIN, 13 Februari, 2012: Kerajaan Kelantan perlu segera memberi penjelasan berhubung isu pembangunan Lembah Sireh di sini, sebagaimana yang dituntut oleh Orang Muda Berpadu Antikorupsi (OMBAK), sebuah badan bukan kerajaan di sini, baru-baru ini.

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh berkata rakyat Kelantan sedang menunggu penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung isu berkenaan.
"Kerajaan negeri dilihat sanggup mengorbankan kepentingan rakyat, terutama 
petani yang telah lama bercucuk tanam di Lembah Sireh apabila membuat perjanjian dengan syarikat berkenaan bagi membangunkan kawasan berkenaan," 
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Liga Bolasepak 
Piala Datuk Fatmi di sini, malam tadi. 

Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, berkata Lembah 
Sireh adalah kawasan pengeluaran terbesar sayur-sayuran bagi bandar Kota Baharu. 

Rabu lalu, Presiden OMBAK Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menuntut supaya 
kerajaan Kelantan memberi penjelasan mengenai perjanjian yang dibuat dengan 
syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd, yang membabitkan beberapa projek 
bernilai lebih RM350 juta. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment