My Add

Monday 13 February 2012

Rais rasmi Pameran Warisan Malaysia di Paris

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 FebruRI, 2012:: Keunikan warisan Malaysia, termasuk artifak Lembah Lenggong di Perak, akan dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris bermula esok. 

Pameran lima hari itu anjuran Jabatan Warisan Negara akan dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kenyataan kementerian hari ini menyebut pameran itu memaparkan warisan sejarah Malaysia yang bermula seawal 1.8 juta tahun lalu, di Lembah Lenggong.
Lembah itu dihuni dalam tempoh yang sangat panjang, menjadikannya satu daripada turutan budaya terpanjang di dunia. 

Pameran itu turut merangkumi bukti arkeologi terbaru yang menunjukkan bahawa permulaan ketamadunan di Asia Tenggara ditemui di Lembah Bujang, seawal 3,000 tahun lalu, lebih awal daripada bukti yang terdapat di negara-negara jiran. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment