My Add

Tuesday 21 February 2012

Kerajaan mahu tarik pelajar belajar bukan lakukan jenayah

JITRA, ISNIN, 20 Febryari, 2012: Tindakan memberhentikan visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing merupakan satu penambahbaikan yang dilakukan kerajaan bagi menarik lebih ramai pelajar asing untuk belajar di negara ini dan bukan untuk melakukan jenayah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata ia sebagai langkah yang baik untuk memastikan pelajar asing yang masuk ke negara ini tidak menyalahgunakan visa dan pas sosial yang diberikan.

“Pelaksanaannya akan dilakukan oleh pihak Imigresen bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setelah melakukan perbincangan dengan kementerian sebelum itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Penjara (Zon Utara 2) di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment