My Add

Wednesday 22 February 2012

Ketua juruwang Mydin didakwa pecah amanah RM46,000

KUALA LUMPUR,, SELASA, 21 Februari, 2012: Seorang ketua juruwang Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan RM46,000, Khamis lepas.

Rohaiza Tan @ Rohaiza Tan, 30, didakwa selaku ketua juruwang di Syarikat Mydin Mohamad Holding Berhad melakukan pecah amanah membabitkan RM46,162.50 di Aras 6, Mydin Jalan Masjid India di sini pada 9 pagi 16 Februari lepas.

Beliau boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun dan sebat atau denda bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Rohaiza juga didakwa memberi kenyataan palsu di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pada 1.35 petang pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Sekseyn 181 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda.

Pihak pendakwaan, yang diwakili timbalan pendakwa raya N.Jayanthi meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Wan Azmir Wan Majid merayu bagi jumlah lebih rendah oleh kerana tertuduh mempunyai ibu apa untuk dijaga. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment