My Add

Wednesday 22 February 2012

Henti beri visa ketibaan tidak jejas kemasukan pelajar asing

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghentikan pengeluaran visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada penuntut asing tidak akan menjejaskan kemasukan penuntut asing ke negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia sentiasa menawarkan pengajian yang kompetitif dan berkualiti kepada penuntut asing yang berminat untuk menyambung pengajian di negara ini.

"Teknologi maklumat seperti Internet memudahkan pelajar asing mendapatkan maklumat pengajian yang ditawarkan di Malaysia selain pelajar asing yang pernah menuntut di negara ini menjadi `duta’ dengan menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar di negara mereka,” katanya kepada pemberita selepas penganugerahan pingat Tunku 2011 dan penyampaian bantuan pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment