My Add

Tuesday 21 February 2012

KHAZANAH labur dalam inisiatif hijau, mampan

EORGETOWN, ISNIN, 20 Februari, 2012: Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH), cabang pelaburan kerajaan akan terus melabur dalam inisiatif hijau dan mampan bagi menyokong agenda Malaysia yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Program Transformasi Ekonomi, kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, hari ini. 

Mengulas sama ada pelaburan baru sudah dikenal pasti, beliau berkata, KHAZANAH meneliti beberapa projek (tempatan dan asing) dan akan membuat pengumuman pada masa sesuai.

"Kami sudah membuat pelaburan strategik dalam bidang pembangunan mampan.

"Sebagai contoh, Khazanah memiliki 80 peratus pegangan dalam KCS Green Energy, kira-kira 40 peratus di Camco South East Asia (Camco SEA) dan 23.6 peratus dalam Camco International Ltd," katanya selepas perasmian Simposium Pulau Pinang bertajuk "Pertumbuhan Bandar Hijau". 

Dalam KCS Green Energy, Azman berkata, KHAZANAH komited untuk melabur sehingga AS$150 juta dalam 10 projek sisa kepada tenaga di China selama lebih tiga hingga lima tahun. 

Katanya, projek penasihat pertama Camco SEA di rantau ini adalah untuk menjalankan kajian bidang kemampanan skop bagi Teluk Datai di Langkawi. 

Beliau berkata, pembangunan mampan adalah agenda penting bagi Malaysia dan pasaran baru muncul untuk memastikan pertumbuhan mampan bandar hijau dengan perbandaran pesat. 
"Dianggarkan menjelang 2020, kira-kira 70 peratus rakyat Malaysia akan merupakan penduduk bandar," katanya. 

Mengenai sama ada KHAZANAH akan mempertimbangkan suntikan dana baru kepada perantara tujuan khasnya, Think City Sdn Bhd, Azman berkata, terdapat keperluan untuk mengkaji semula memandangkan ia merupakan inisiatif perkongsian awam-swasta. 

"Kami (KHAZANAH) menyediakan mekanisme pelaksanaan dan mana-mana dana baru akan dibincangkan dengan kerajaan persekutuan," katanya. 

Dengan saiz dana sebanyak RM20 juta, peranan Think City adalah untuk mengagihkan dana di bawah Program Geran Georgetown untuk memberi nafas baru kawasan warisan Georgetown di Pulau Pinang. 

Sehingga kini, ia membelanjakan RM11 juta untuk lebih 100 projek. 

Program Geran Georgetown merupakan langkah kerajaan persekutuan untuk menyediakan pembiayaan awal bagi projek mencergaskan semula bandar dalam Tapak Warisan Dunia Georgetown. 

Geran tersebut, yang akan dibayar dalam tempoh dua tahun, akan menyokong siri inisiatif skala kecil yang akan mewujudkan limpahan bagi menarik pelabur baru. 

Persidangan itu, dihoskan oleh The Growth Dialogue dan Think City dengan sokongan KHAZANAH dan Institut Bank Dunia, menghimpunkan ahli akademik terkenal, penggubal dasar, pakar dan pelaksana dasar. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment