My Add

Saturday 4 February 2012

Kor 1Malaysia pupuk minat sukarelawan di kalangan belia

KEMAMAN, SABTU, 04 Febuaei, 2012: Kor 1Malaysia yang bakal ditubuhkan kerajaan dilihat mampu memupuk minat dan semangat sukarelawan di kalangan belia, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, sebelum ini, pasukan sukarelawan kebanyakannya digerakkan di bawah pelbagai pertubuhan seperti Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Kita tidak mempunyai satu pangkalan data yang bersepadu tentang kegiatan kesukarelaan dalam negara kita.

"Jadi, Kor 1Malaysia yang bakal diadakan ini adalah satu pendekatan yang baru yang saya kira boleh menyaingi negara maju seperti Australia yang mempunyai lima juta orang sukarelawan yang sedia digerakkan sama ada pada waktu berlaku bencana atau waktu aman,” katanya.

Ahmad Shabery bercakap kepada pemberita selepas Menutup Klinik Skuasy anjuran Sekolah Rantau Petronas di Gelanggang Skuasy Mesra Mall yang dikendalikan oleh atlet skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Kor 1Malaysia untuk menyatukan belia dalam aktiviti kesukarelaan seperti Rela, JPAM, PLKN, Rakan Muda, MBM dan lain-lain. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment