My Add

Saturday 4 February 2012

Shahrizat sedia hadapi serangan daripada pembangkang

BERUAS, SABTU, 04 Februari, 2012: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata, sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It”s okay... kita orang politik... lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment