My Add

Tuesday 14 February 2012

KPN gesa anggota polis bersedia

SUBANG JAYA, ISNIN, 13 Februari, 2012: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menggesa semua pegawai dan anggotanya supaya ‘mengambil tahu’ dan bersedia melakukan transformasi dan perubahan sejajar dengan perkembangan semasa.

Menurutnya, melalui pendekatan itu, mereka diyakini mampu membawa pasukan ke arah lebih cemerlang dan dinamik menerusi ‘pemikiran peluang’ (opportunity thinking).

Sehubungan itu, beliau berkata, kegagalan untuk berubah dan memperbaiki kelemahan sedia ada menunjukkan kaedah yang digunakan pakai tidak lagi sesuai.

“Kita melihat satu kepentingan bagi pihak polis untuk menggunakan media sosial seperti laman sosial Twitter dan Facebook yang digunakan oleh masyarakat.

“Ia boleh meningkatkan pengurusan publisiti, penyebaran maklumat yang cepat dan penglibatan secara langsung dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Trend Dalam Abad Ke-21 Kepolisan: Masa Depan, Realiti, Peluang dan Cabaran di Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail menambah, pihaknya juga berusaha memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan tersebut dalam memerangi jenayah di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment