My Add

Sunday 12 February 2012

Lebih 15,000 dengar ceramah Hasan Ali

HASAN Ali bersalaman dengan orang ramai ketika menyampaikan ceramah 'Bersatu Selamatkan Akidah Umat Islam' di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh, semalam.
IPOH, SABTU 11 Februari, 2012: Gelombang kuasa ketiga yang dicetuskan Datuk Dr. Hasan Ali semakin kuat apabila lebih 15,000 orang hadir mengikuti ceramah beliau di Padang Kampung Pengkalan Pegoh, di sini malam tadi.

Jumlah tersebut jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kehadiran sekitar 6,000 orang semasa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berceramah di Langkawi, Kedah dan 5,000 orang di Kangar, Perlis beberapa hari lalu.

Kedatangan Hasan ke sini ternyata mengundang kegusaran pihak tertentu apabila gambar muka beliau pada kain rentang yang dipasang diconteng dan poster beliau turut dikoyakkan.

Malah, banyak bendera Pas dipasang di sekitar kawasan tersebut terutamanya berdekatan tempat ceramah di Padang Kampung Pengkalan Pegoh.

Pada program 'Selamatkan Akidah Umat Islam' itu, Hasan berkata, sepanjang tiga tahun 11 bulan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, beliau menghadapi masalah operasi yang cukup besar dalam soal akidah.

Katanya, dalam isu operasi berkaitan judi, arak dan maksiat, beliau menghadapi tentangan yang cukup hebat daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Namun, yang saya tidak faham sampai hari ini, pimpinan Pas menentang dan tidak sokong saya dalam soal arak. Yang menolak saya ini bukan ulama atau golongan pemuda tetapi parasit di dalam Pas," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu duduk di dalam tubuh badan Pas tetapi hendak menjahanamkan parti tersebut kerana mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR.

"Kerana inginkan keredaan DAP dan PKR, biar hancur Islam, biar hancur Melayu dan biar hancur institusi raja," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment