My Add

Wednesday 22 February 2012

MAHB catat untung pra-cukai lebih tinggi RM574.138 juta

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM574.138 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding RM474.964 juta yang dicatatkan pada 2010.

Perolehan operator lapangan terbang itu meningkat 11.6 peratus kepada RM2.754 bilion berbanding RM2.468 bilion yang direkodkan sebelumnya.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata, keuntungan sebelum cukai pada suku keempat lebih rendah sebanyak RM161.902 juta berbanding RM182.554 juta yang dilaporkan pada suku yang sama pada 2010.

Perolehan bagaimanapun meningkat 2.0 peratus kepada RM837.380 juta pada suku dalam kajian berbanding RM820.599 juta yang direkodkan pada suku perbandingan yang sama sebelumnya.

MAHB berkata, perolehan yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh perolehan pembinaan sebanyak RM314.3 juta yang diperoleh berkaitan pembinaan KLIA2 dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berjumlah RM820.5 juta. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment