My Add

Wednesday 22 February 2012

Pengajian Islam perlu diperluas kepada pelbagai cabang ilmu

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Pengajian Islam di negara ini tidak harus ditumpukan kepada bidang fiqah semata-mata sebaliknya diperluaskan ke pelbagai bidang lain termasuk sains dan ekonomi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, Al-Quran, yang merupakan sumber utama pengajian Islam, mempunyai pelbagai cabang ilmu terkandung di dalamnya.

"Pengkelasan pengajian Islam sebagai bidang bukan sains menimbulkan tanggapan bahawa ahli sains atau pakar bidang tertentu bukan agamawan atau ulama. Ini bertentangan dengan cendekiawan Islam masa dahulu.

"Pengkelasan ini perlu diperbetulkan pada peringkat dasar dan pelaksanaan khasnya dalam sistem pelajaran dan pengajian tinggi negara supaya kekangan kefahaman menjurus kepada pertentangan ilmu aqli dan naqli dapat diatasi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka : Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran Sambutan 20 Tahun Penubuhan IKIM di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment