My Add

Wednesday 22 February 2012

Mahkamah perintah Hishammuddin jawab surat HRP

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab surat permohonan yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dalam usaha pertubuhan itu untuk menjadi sebuah parti politik berdaftar.

Peguam P. Uthayakumar memberitahu pemberita bahawa, Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan HRP di kamar beliau tanpa kos.

Menurut peguam itu, Hishammuddin mempunyai masa 14 hari bermula hari ini. Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam surat bertarikh 4 Ogos 2011 memberi dua sebab penolakan permohonan HRP kerana mendapati ia tidak diurus dengan baik dan pertubuhan itu gagal mengemukakan perlembagaannya, bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan ROS. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment