My Add

Wednesday 22 February 2012

Kita akan cabar surat tunjuk sebab ROS

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Februari, 2012: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk mencabar surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pembatalan pendaftarannya.

Ketua Penerangan parti, Mohd Mazlan Abd Manaf berkata, surat tunjuk sebab itu tidak wajar kerana ROS hanya mempunyai kuasa membatalkan pertubuhan berdasarkan keadaan mengikut Seksyen 13 Akta Pertubuhan.

"Aduan daripada sesetengah bekas anggota mengenai pentadbiran dalaman pertubuhan tidak boleh dianggap keadaan yang membenarkan penggunaan Seksyen 13.

"Pasukan peguam kita akan mencabar surat tunjuk sebab itu. Kami yakin akan berjaya kerana alasan kami mempunyai asas undang-undang yang tidak boleh disanggah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti juga meminta semua anggota Kita agar tidak bimbang dan menghadapi isu itu dengan tenang, katanya.

Kita yang diwujudkan kira-kira setahun lepas diberi surat tunjuk sebab bertarikh 9 Februari oleh ROS, yang mahu parti itu menjelaskan mengapa pendaftaran Kita tidak harus dibatalkan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment