My Add

Sunday 5 February 2012

Maupakat membawa berkat

AHAD, 05 Februari, 2012
SERONOK baca berita Bos UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad hennak meminta pandangan Tengku Razaleigh Hamzah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan selepas Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Itulah amalan berpakat. Maupakat membawa berkat.

Saya tumpang gembira dengan keputusan yang dihebah Mustapa semalam.

Satu keputusan bagus dan cucuk sekali, lebih-lebih lagi sebagai menghormati tokoh UMNO dan anggota Parlimen dari Gua Musang itu.

Tidak mudah bagi kita menafikan bahawa veteran UMNO tersebut masih utuh dan sangat berpengaruh dalam kancah poilitik negara dan Kelantan.

Pengaruhnya di kalangan masyarakat Kelantan terutmanya, sentiasa tebal dan kekal.

Tengku Razaleigh bukan calang-calang pemimpin politik Melayu, berwatakan lemah lembut yang disenangi ramai.

Beliau ternyata masih berupaya memukau, menawan dan mampu mencuit hati rakyat, khususnya di meger Cik Siti Wan Kembang itu

Sudah terbukti kredibiliti dan pengaruhnya. Ketohannya terserlah, contohnya semasa beliau mengetuai jentera pilihan raya BN Kelantan pada PRU l978 yang membenam Pas himgga menelami kekalahan teruk sekali pada pilihan raya itu.

Sebagai pemberita akhbar Watan katika itu, saya diberi kepercayaan membuat liputan berita atas jemputan Allahyarham Datuk Asri Muda, selaku Presiden Pas. Saya tinggal dua minggu di Kota Bharu.

Jika tidak silap ingatan saya, kemenangan besar BN pada pilihan raya tersebut memberi manfaat dan nikmat tidak terhingga kepada rakyat Kelantan.

Saya masih ingat, sejurus diketahui kemenangan memihak kepada BN dan layak membentuk kerajaan, bayaran tol jambatan Yahya Putra dibatalkan serta merta.

Jadi, hasrat Perhubungan UMNO Kelantan untuk meminta padangan dan 'tip'pengalamn Tengku Razaleigh sebagai bekalan menghadapi PRU ke-13 wajar dan tepat.

Sekurang-kurangnya selain pengaruhnya yang masih menebal, pengalamannya boleh diambil pakai.

Kesepakatan kunci kejayaan.

Eloklah 'orang lama' jangan disisis, dijauhi dan dilupakan.

No comments:

Post a Comment