My Add

Monday 20 February 2012

Merakyatkan Pandu Puteri - Rosmah

ROSMAH Mansor melontar bebola lumpur sebagai gimik pelancaran Program Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Melaka Turun Padang sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam, Asmah Abdul Rahman (kiri) dan Raja Nor Mahani Raja Shahar (dua dari kiri) di jeti Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka, semalam.

MELAKA, AHAD, 19 Februari, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu merakyatkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) melalui program turun padang agar ia dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan masyarakat setempat.

Beliau yang juga Yang Dipertua persatuan tersebut berkata, program Pandu Puteri turun padang itu bertujuan menerapkan nilai-nilai sukarelawan dan jati diri dalam kalangan ahli persatuan.

Jelasnya, lebih penting Pandu Puteri sebagai warga dunia yang bertanggungjawab tanpa mengira batasan umur, bangsa, agama atau kelompok masyarakat.

''Melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini, Pandu Puteri menyediakan platform kepada masyarakat terutama golongan sasar.

''Ia bagi mewujudkan sikap prihatin dan semangat sukarelawan, mendidik dan menghasilkan bakal usahawan dalam kalangan wanita bagi menjana pendapatan sampingan, malahan dapat meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam kalangan anak gadis.

''Saya cukup yakin melalui program ini juga kita boleh memberi pendedahan kepada ahli persatuan dalam usaha kemanusiaan dan membina kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam satu pasukan, bersosial dalam budaya dan cara hidup berbeza," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Melaka Turun Padang di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Nor Mahani Raja Shahar; Penaung PPPM Melaka, Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Seri Zalilah Mohd. Taib.

Melaka menjadi negeri ketiga menganjurkan program Pandu Puteri Turun Padang selepas Perak, Terengganu dan Selangor.

Mengulas lanjut, Rosmah berkata, jika budaya itu dapat disemai dan diterapkan dalam setiap program Pandu Puteri, ia akan memperkasakan Gagasan 1Malaysia bagi melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin.

Katanya, semangat sukarelawan perlu disemarakkan dalam kalangan generasi muda dan anak-anak gadis agar ia menjadi amalan murni, di samping menghindari sikap individualistik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment