My Add

Saturday 4 February 2012

Mesin pengimbas sistem gelombang untuk banteras penyeludupan dadah di KLIA

BANGI, SABTU, 04 Februari, 2012:: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini. 

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat KDRM, Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata mesin pengimbas "ThruVision" bernilai RM4 juta dari United Kingdom itu akan ditempatkan di laluan penumpang di terminal utama KLIA.

Mesin pengimbas itu kini dalam proses diuji dan jika terbukti berkesan akan turut ditempatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan kemudiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi pungutan hasil JKDM di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment