My Add

Saturday 4 February 2012

UMNO akan minta pandangan Ku Li untuk rampas Kelantan

PASIR PUTEH, SABTU, 04 Februari, 2012: UMNO Kelantan akan meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh UMNO itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja UMNO dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment