My Add

Tuesday 14 February 2012

Muhyiddin tiba untuk lawatan sehari ke Kedah


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan ADUN Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid sewaktu hadir untuk majlis perjumpaan tertutup bersama Ketua-ketua Bahagian di Bangunan Tunku, Alor Star hari ini. - Foto Syaharim Abidin

ALOR SETAR, SELASA, 14 Februari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini bagi mengadakan lawatan sehari ke Kedah. 

Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada jam 8.33 pagi disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom dan pemimpin UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN).

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin yang juga aTimbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri diikuti pertemuan dengan Badan Perhubungan BN negeri. 

Beliau juga akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Desa Keda di Batu 13, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena dan bertemu warga pendidik dari negeri Kedaah dan Perlis. 

Noorainee turut mempunyai aturcara berasingan yang antaranya melawat Pusat Dalam Komuniti Kubang Pasu dan melawat Wad Kanak-kanak Hospital Besar Sultanah Bahiyah di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment