JAKARTA, SELASA, 14 Februari, 2012: Ciri-ciri berlainan pada beberapa unggas yang mati kerana selesema burung di Indonesia sejak kebelakangan ini menyebabkan pihak berkuasa kesihatan di beberapa negeri mengesyaki virus H5N1 itu mengalami perubahan.
Ketua Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Whitono, berkata sebahagian daripada unggas yang mati kerana selesema burung kini tidak lagi mempunyai tanda bintik hitam atau kebiruan pada bahagian badan yang tidak berbulu, sebagaimana yang biasanya.
Ketua Bidang Kesihatan Haiwan Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Eko Sutarti, berkata walaupun belum pasti mengenai adanya virus baru, ciri-ciri unggas yang mati kerana selesema burung, didapati berubah, lapor akhbar harian Kompas, hari ini.
\Kini unggas yang mati mendadak tanpa tanda bintik hitam atau kebiruan itu juga didapati positif selesema burung.
Pihak berkuasa dan pakar bidang kajian selesema burung tempatan bimbang perubahan itu mungkin disebabkan virus jenis baru yang lebih berbahaya, namun penelitian lebih lanjut diperlukan bagi mengesahkan kemungkinan itu, menurut laporan itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment