KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Februari, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat India di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan berasaskan konsep 'nambikei' iaitu kepercayaan untuk memastikan program transformasi dapat terus dilaksanakan dan mencapai misi ke arah negara berpendapatan tinggi.
Beliau berkata, dengan adanya rakan kongsi berkonsepkan 'nambikei', banyak lagi yang boleh dilakukan untuk pembangunan rakyat, termasuk masyarakat India.
"Dengan adanya konsep ini, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
"I trust you, you trust me (Saya percaya kamu, kamu percaya saya)" katanya pada sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishanmuddin Hussein. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment