My Add

Thursday 16 February 2012

Nama pengundi dipadam sebaik SPR terima laporan kematian




PUTRAJAYA, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Senarai nama warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih kini boleh dipadamkan serta-merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui satu laporan kematiannya sahaja daripada agensi pengesahan seperti polis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, perkara dilakukan melalui Agency Link Up System (Alis) iaitu rangkaian secara online Jabatan Pendaftaran Negara yang saling berhubung dengan pelbagai agensi lain.

"Secara serta-merta mereka boleh memadamkan nama seseorang daripada nama senarai pengundi... itu hak mereka, jadi tidak timbul isu pengundi hantu dan sebagainya lagi.

"Maklumat dan data yang berada dalam sistem itu turut dikongsi dengan agensi-agensi lain,” katanya kepada pemberita pada majlis Pelancaran Dokumen Baru Daftar Kematian/Permit Mengubur dan Penyampaian Sijil Penghargaan di Jabatan Pendaftaran Negara di sini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment