My Add

Thursday 16 February 2012

Jualan telefon pintar melonjak kepada 472 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Jualan telefon pintar di seluruh dunia melonjak kepada 472 juta unit tahun lepas dengan telefon pintar Apple menduduki tempat pertama, ekoran kegilaan terhadap peranti sedemikian di peringkat global.

Jumlah jualan telefon pintar tahun lepas menguasai 31 peratus daripada keseluruhan jualan peranti mudah alih, meningkat 58 peratus daripada 2010, demikian menurut syarikat penyelidikan dan penasihat teknologi maklumat, Gartner Inc.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gartner berkata, jualan telefon pintar bagi seluruh dunia melonjak kepada 149 juta unit dalam suku keempat 2011, dan ini merupakan peningkatan sebanyak 47.3 peratus daripada suku keempat 2010.

Ia berkata, peningkatan jumlah jualan telefon pintar dalam suku berkenaan disebabkan oleh jualan iPhone Apple yang mencatatkan rekod.

"Ekoran itu, Apple menjadi vendor telefon mudah alih ketiga terbesar di dunia, sekali gus memintas LG.

"Sebagai vendor telefon pintar terunggul, Apple menguasai 23.8 peratus agihan pasaran dalam suku keempat 2011, dan vedor telefon pintar terunggul bagi 2011 secara keseluruhannya, dengan agihan pasaran sebanyak 19 peratus,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment