My Add

Wednesday 8 February 2012

Ops Pemutihan taska, pusat jagaan kanak-kanak

SHAH ALAM, RABU, 08 Februari, 2012: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor akan menjalankan operasi pemutihan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen di negeri ini mulai akhir bulan ini. 

Pengarahnya, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata operasi itu bertujuan memastikan supaya semua taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi mematuhi prosedur ditetapkan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod sejak 2007, lebih 1,000 taska dan 800 pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar dengan JKM di Selangor dan setakat ini hanya 126 taska dan 176 pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini yang berdaftar dengan jabatan itu.

"Ini bukan kali pertama JKM laksanakan program seperti ini, kita pernah lakukan pada tahun lalu melalui beberapa program yang dijalankan oleh JKM namun masih ada pengusaha taska yang ambil sikap sambil lewa," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Beliau berkata, semua pegawai JKM di setiap daerah akan diarah melakukan pemeriksaan di taska dan pusat jagaan di kawasan mereka serta mengeluarkan surat supaya pengusaha terbabit mendaftar dengan JKM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment