My Add

Wednesday 8 February 2012

Pemuda hilang 9 bulan kembali ke pangkuan keluarga

MARANG, RABU, 08 Februari, 2012: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira sembilan bulan lalu kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat, Ahad lalu. 

Dek kerana tidak pandai membaca dan bersikap lurus bendul, menyebabkan Adi Saiful Che Kor, 28, gagal menghubungi keluarganya sejak Jun tahun lalu sehingga dikatakan meninggal dunia.

Sepanjang tempoh itu, Adi Saiful sebenarnya bekerja di Singapura.
Pelbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarganya kerana yakin Adi Saiful masih hidup termasuk meminta bantuan media untuk menjejakinya pada November lalu. 

Adi Saiful ketika ditemui berkata, dia tidak berniat untuk membuat anggota keluarga bimbang dengan keadaannya bagaimanapun beliau gagal untuk menghubungi keluarganya di kampung bagi memaklumkan keadaan sebenar. 

Katanya, dia pada mulanya bekerja di Kuantan sebagai pengawal keselamatan namun kerana ingin mencari kerja yang lebih terjamin dia menghubungi seorang ejen di Johor Bahru sebelum ditawarkan bekerja di negara jiran itu. 

"Saya memang ada niat nak telefon keluarga selepas sampai di sana (Singapura) tapi saya tak boleh nak telefon keluarga. 

"Saya hendak hantar surat ke kampung untuk memberitahu saya selamat berada di Singapura namun saya tak reti," katanya yang tidak pandai membaca dan menulis itu ketika ditemui di Kampung Bukit Sawa di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment