My Add

Saturday 4 February 2012

Pakatan pembangkang tidak hormat Azizan

ALOR SETAR, SABTU,04 Februari, 2o1: Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri ini. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun berlainan parti, beliau sendiri menghormati keputusan Azizan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tepat untuk mengawal disiplin pelajar institusi itu.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lantang mempertikaikan tindakan Menteri Besar berhubung isu pengantungan lima pelajar Kuin menunjukkan pakatan pembangkang hanya mengutamakan politik sahaja tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

No comments:

Post a Comment