KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) melengkapkan warna pada bahagian kepala naga ketika merasmikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di pekarangan MBKS, Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING, SABTU, 04 Februari, 2012: Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau ketika ini tidak mahu campur tangan dalam isu kepimpinan yang melanda dua komponen BN di Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Taib berkata, sebelum ini beliau sudah memberikan pandangan dan nasihat kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti terbabit namun ia masih juga gagal untuk menyelesaikan krisis yang melanda.
"Saya tidak mahu campur tangan lagi sebab sebelum ini saya sudah banyak beri nasihat dan pendapat manakala untuk isu SPDP perlu tunggu dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment