My Add

Tuesday 14 February 2012

Pas buat laporan polis terhadap MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, SELASA, 14 Februari, 2012: Pas membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berhubung kenyataannya Pas adalah parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Abu Bakar Chik dengan diiringi sekumpulan penyokong parti itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu jam 11 pagi tadi.

Abu Bakar bagaimanapun berkata, Pas sedia menarik laporan polis itu sekiranya Ahmad menarik balik kenyataan itu yang dianggap fitnah paling berat terhadap Pas.

Beliau meminta pihak polis menyiasat Ahmad mengikut Akta Hasutan.

"Jika benar segala dakwaannya yang melabelkan Pas sebagai parti ajaran sesat, kami minta beliau kemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment