My Add

Tuesday 7 February 2012

PBS yakin suruhanjaya akan dibentuk siasat isu pendatang

KOTA KINABALU, SELASA, 07 Februari, 2012: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Radin Malleh yakin Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja mengenai isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak lama lagi.

"Kita perlu yakin dan percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji beliau di bawah konsep 1Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sambil menyatakan keyakinan beliau bahawa Perdana Menteri akan memberi keutamaan terhadap kepentingan rakyat Sabah, khususnya kaum pribumi, beliau berkata, kaum pribumi kini ditenggelami pertambahan penduduk secara mendadak akibat kebanjiran orang asing yang mendapat kad pengenalan secara tidak terkawal termasuk “melalui pintu belakang”.

"Pemimpin tidak boleh memandang ringan perkara ini dengan membelakangkan rakyat Sabah. Ini ada kaitan dengan kedaulatan dan masa depan kami,” katanya.

Radin berkata, ucapan beliau di Parlimen pada tahun 90-an dan tujuh laporan rasmi yang dibuat dari 1994 hingga 1999 kepada pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedikit sebanyak boleh membantu suruhanjaya itu dalam melaksanakan tugasnya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment