KUALA LUMPUR , SABTU, 04 Februari, 2012: Seramai 6,764 pelabur Skim Bestino meminta Bank Negara Malaysia (BNM) memberi maklumat terkini tentang isu pembekuan aset syarikat Bestino Golden House Sdn. Bhd. yang mengendalikan skim pelaburan berkenaan.
Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Pelabur-Pelabur Dalam Skim Bestino, M. Sarasvathy berkata, para pelabur ingin mengetahui mengenai status wang pelaburan yang berjumlah RM411 juta tersebut.
"Kami berharap agar diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan BNM berhubung isu ini dengan dihadiri pihak pengurusan syarikat Bestino serta ahli-ahli jawatankuasa bertindak," katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini wang pelaburan RM411 juta kepunyaan pelabur Skim Bestino di sini, semalam.
Difahamkan, satu surat rasmi berhubung isu itu telah diserahkan oleh Jawatankuasa Bertindak kepada wakil BNM selepas sahaja sidang akhbar itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment