My Add

Saturday 4 February 2012

Orang Asli serah memorandum tuntut hak melalui UNDRIP

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Februari, 2012: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKAOSM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menuntut hak hala tuju dan tradisi serta amalan mereka terhadap hidupan liar di negara ini.

Wakilnya, Yusri Ahon berkata, tuntutan itu dibuat kerana termaktub dalam prinsip deklarasi hak orang asal sejagat (UNDRIP) yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Malaysia sebuah negara yang menyokong deklarasi tersebut tetapi mengapa keseluruhan tanah adat kami di negara ini diceroboh, digunapakai dan dimusnahkan, malah hak kehidupan juga dipertikaikan.

"Tuduhan dihasut oleh pihak luar seperti yang didakwa sama sekali tidak benar dan kebangkitan kami membuat sekatan manusia itu hanyalah untuk mempertahankan hak tanah adat dan kehidupan sebagai orang asal negara ini," katanya selepas majlis penyerahan memorandum kepada wakil Suhakam, dekat sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya berharap agar keseluruhan hak-hak mereka sebagai orang asal dihormati walau di mana pun wilayah tanah adat termasuk di tanah, laut mahu pun tasik.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, kerajaan harus berunding dan mencari jalan penyelesaian terbaik agar situasi menang-menang yang dituntut Orang Asli berjaya dilaksanakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment