My Add

Thursday 16 February 2012

Peluang umat Islam wakaf jam digital ke masjid


KUALA LUMPUR, RABU, 15 Februari, 2012: Perfect Time Solution dengan kerjasama Yayasan Muslimin Malaysia Berhad (YMMB) melancarkan wakaf dan derma Jam Digital Waktu Solat bagi memperkemas kelengkapan masjid dan surau di seluruh negara dengan rujukan waktu solat berdigital.

Jam Digital Waktu Solat ini telah digunakan di kebanyakan masjid dan surau bagi menggantikan papan waktu solat manual yang telah uzur.

Pengarah Urusan Perfect Time Solution, Mohd. Nadzir Omar berkata, jam digital yang beroperasi secara automatik mampu memberi imej baru kepada institusi masjid dan surau kerana pertukaran waktu tidak perlu dilakukan secara manual oleh pegawai masjid.

"Para pengunjung masjid terutamanya yang bermusafir akan mendapat maklumat waktu solat yang tepat berdasarkan paparan pada Jam Digital Waktu Solat," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pengerusi YMMB, Mohd. Ramli Nikman di Gombak, semalam.

Sebelum ini, Perfect Time Solution mengadakan kerjasama dengan Koperasi Utusan Melayu Malaysia Berhad untuk mengedarkan jam-jam digital ke masjid-masjid ke seluruh negara.

Mohd. Nadzir berkata, terdapat dua konsep wakaf yang dilaksanakan iaitu dengan berskala besar dan untuk tujuan derma atau bersedekah.

"Penyertaan adalah terbuka kepada individu atau syarikat atau korporat di seluruh negara. Yayasan Muslimin bertindak sebagai penyelaras keseluruhan program, manakala Perfect Time Solution sebagai pembekal dan pelaksana program.

"Peserta yang ingin mewakafkan perlu mengisi borang penajaan Wakaf Jam Digital Waktu Solat dan Yayasan Muslimin akan memproses, mengeluarkan resit dan menyelaras dengan Perfect Time bagi kerja-kerja penghantaran jam digital.

"Penyumbang kepada program ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu sumbangan daripada kurang RM10,000 hingga kepada RM100,000 dan mereka yang menyertainya layak mendapat pengecualian cukai pendapatan ke atas jumlah sumbangan yang diberikan," katanya.

Mohd. Nadzir berkata, pelaksanaan kutipan sumbangan berskala kecil ini akan diuruskan oleh Syarikat Akademi Mutawif Training & Consultancy (AMTC) dan mereka akan merekrut wakil-wakil bertauliah bagi tujuan kutipan ini di seluruh negara.

Beliau berkata, bagi tujuan wakaf, Perfect Time Solution mencadangkan empat model jam digital dengan harga antara RM500 dan RM2,700," katanya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Perfect Time Solution di talian 04-4846153 atau Yayasan Muslimin Malaysia Berhad di 03-61884064. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment