My Add

Tuesday 21 February 2012

Pemandu teksi boleh bantu perjelas dasar kerajaan

JOHOR BAHRU, ISNIN, 20 Februari, 2012: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pemandu teksi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat boleh memainkan peranan menjelaskan dasar kerajaan kepada orang ramai dan pelancong.

Beliau berkata, peranan pemandu teksi sebagai ‘duta kerajaan’ juga merupakan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa membela kebajikan mereka secara berterusan.

"Kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat mengambil berat terhadap kebajikan warga teksi dan buktinya pelbagai manfaat dapat dirasai pemandu dan pengusaha teksi menerusi Bajet 2012 yang dibentang tahun lepas.

"Apa yang paling penting adalah pemandu teksi perlu menterjemahkan segala usaha bantuan kerajaan ini dengan menyokong segala dasar serta memperkukuhkan sokongan terhadap kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya pada majlis penghayatan 1Malaysia Pemandu Teksi Zon Selatan, di sini, hari ini.

Rais menjelaskan, warga pemandu teksi perlu melihat serta menilai semula bantuan kerajaan menerusi Belanjawan 2012 antaranya pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan serta pemberian subsidi dan bantuan antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk melupuskan teksi yang telah mencapai had usianya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment